OLEH LOOI SUE-CHERN
DECEMBER 28, 2013
Tirai 2013 hampir berlabuh, selepas setahun Malaysia menyaksikan pelbagai peristiwa yang menonjolkan watak-watak sama ada memberikan inspirasi ataupun membawa kepada kehancuran.
Walaupun sesetengah pihak pesimis dengan masa depan Malaysia disebabkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 2013, masih ada individu atau kumpulan yang melakukan kerja-kerja kebajikan dengan harapan dapat menyumbang kepada perubahan lebih besar.
Dalam masa beberapa hari akan datang, The Malaysian Insider akan menyiarkan kisah individu atau kumpulan yang memberikan inspirasi kepada semua.
Inspirasi Malaysia 2013 – kisah individu biasa yang melakukan perkara-perkara besar dengan niat untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik buat semua.
Di negara di mana rakyat beragama Islam jijik dengan anjing atas sebab keagamaan, satu pasangan beragama Islam melangkau ‘halangan’ itu demi menjaga anjing liar dan terbiar di Kedah.
Pasangan suami isteri berjiwa murni yang tidak akan berpaling dengan jalan yang dipilih mereka. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.
Pasangan suami isteri berjiwa murni yang tidak akan berpaling dengan jalan yang dipilih mereka. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.
Daripada bangun pagi sehinggalah ke waktu tidur, pasangan itu yang lebih dikenali sebagai Pak Mie dan Mak Intan, meluangkan setiap saat mereka untuk menjaga 800 'anak berbulu' di Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie di Tanjung Bendara.
Walaupun dengan bebanan kerja yang berat untuk menjaga 800 ekor anjing, pasangan itu hanya ada cucu serta seorang penolong untuk membantu mereka di rumah perlindungan itu.
"Kita sudah beroperasi selama 20 tahun. Kerja ini memang susah dan ia bukanlah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kita tidak pernah tutup atau pulang ke rumah dan goyang kaki sambil menonton televisyen. Kita korbankan tidur dan makan.
Pak Mie sudah lali dengan cacian dan cercaan masyarakat terhadapnya.
Pak Mie sudah lali dengan cacian dan cercaan masyarakat terhadapnya.
"Tapi kita teruskan juga atas dasar belas kasihan. Perasaan ini sangat penting walaupun untuk anjing liar," kata Pak Mie atau Muhammad Azmi Ismail kepada The Malaysian Insider.
Oleh kerana bekerja dengan anjing liar, isterinya Mak Intan, 56 tahun atau Halijah Idris telah banyak menerima tohmahan serta kritikan darpada orang ramai yang tidak dapat menerima hubungan rapatnya dengan anjing-anjing itu.
Bekas kontraktor itu berkata, adik-beradiknya sendiri tidak boleh tahan dengan beliau kerana banyak membelanjakan duit untuk makanan anjing, sesuatu yang tidak memberi pulangan atau faedah.
"Orang pernah berkata macam-macam. Mereka kata saya dan isteri akan merana seumur hidup kerana menjaga anjing-anjing ini.
"Jadi saya berhenti menjadi kontraktor dan Mak Intan pula mengambil pencen 23 tahun lalu kerana kami ingin melihat kebenaran kata-kata mereka itu. Kami menahan diri meminta tolong daripada sanak saudara. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. "
Sewaktu mula-mula menjaga anjing-anjing berkenaan, mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjaga serta merawat anjing yang sakit. Justeru, ia terpaksa diletakkan di tempat sewa lain dan kemudian membuat Rumah Perlindungan.
"Untuk makanan, Mak Intan dan saya boleh saja makan roti tetapi untuk anjing, kita perlu beri makanan yang lebih baik. Oleh itu, saya pergi ke kedai nasi ayam Cina dan bercakap dengan tuan kedai yang kemudiannya setuju untuk saya mengambil baki nasi dan daging setiap hari. Ada juga yang tinggalkan tin sardin yang sudah tamat tempoh untuk kita. Namun, bagi peniaga Melayu, mereka hanya membenarkan kita mengambilnya setelah sisa makanan dibuang dalam tong sampah.
"Sehingga hari ini, saya masih mencari sebab kenapa orang Melayu melihat anjing dengan penuh benci, seolah-olah ia lebih teruk daripada syaitan," katanya.
Pak Mie berkata, ramai orang termasuk daripada badan Islam pernah berjumpa beliau tentang aktiviti menjaga anjing ini, tetapi beliau tidak pernah berputus asa.
Sebahagian daripada 800 ekor anjing yang menghuni Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie.
Sebahagian daripada 800 ekor anjing yang menghuni Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie.
"Saya tanya mereka satu soalan, tunjukkan kepada kami hadith yang mengatakan memegang, memberi makan serta memberi ubatan kepada anjing malah berkongsi katil bersama anjing adalah berdosa. Kalau betullah ia berdosa, tunjukkan saya hadith itu.
"Tuhan beri kita minda untuk berfikir sapa yang betul dan salah. Dalam banyak ciptaan Tuhan, Dia telah menyebut anjing beberapa kali. Bukan unta, kambing atau binatang lain," katanya serta menambah Allah pernah memaafkan seorang pelacur apabila beliau memberi minuman daripada perigi kepada anjing yang kehausan.
Beliau turut mengatakan tentang satu hukum yang tidak melarang Muslim memakan daging binatang yang dibunuh oleh anjing buruan.
"Kalau anjing kelihatan kelaparan apabila dia melihat kamu makan, adakah kamu akan campak batu kepadanya atau memberikan dia sedikit makanan? Ingat, kita diberi minda untuk berfikir."
Selain daripada cacian, pasangan itu juga berdepan dengan fitnah dan tuduhan sesetengah orang yang merasakan cara mereka menjaga rumah perlindungan itu dan menuduh beliau telah menggunakan wang derma untuk kepentingan diri sendiri.
Dia yang menuduh beliau mendapat AS$85,000 (RM280,000) sebulan daripada penderma asing. Namun beliau 'berterima kasih' atas sangkaan orang ramai tentang kehidupannya yang berada.
"Saya seorang jutawan sekarang. Buat apa saya buat semua ini kalau saya kaya sangat? Saya boleh sahaja bayar orang lain untuk menjaga anjing-anjing kami.
"Mak Intan dan saya boleh pergi bercuti. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita tidak mahu sebarang publisiti untuk rumah perlindungan ini. Orang akan mula mengata.
"Bila kita mula beroperasi dulu, kita cuba buat secara senyap-senyap kerana sepasang suami isteri beragama Islam menjaga anjing pasti akan menjadi isu. Saya tidak pernah memberi temubual kepada media sehinggalah tahun lepas apabila Dewan Bandaraya hendak merampas anjing-anjing itu," katanya lalu menambah bahawa dia mengharap pengkritik akan membuat laporan polis terhadap beliau supaya dia boleh membuka siasatan.
Beliau berkata, RM40,000 hingga RM50,000 terpaksa dibelanjakan untuk menguruskan rumah perlindungan ini yang tiada bekalan elektrik dan air yang sempurna buat masa sekarang yang hanya bergantung kepada derma berupa wang tunai, makanan dan ubatan sahaja.
Terdapat akaun Facebook yang dinamakan Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie Neraka dan ada juga blog-blog yang mengutuk aktiviti Pak Mie.
Pak Mie berkata, ada yang melihat rumah perlindungan beliau lantas mengkritik tanpa cuba memahami kepayahan serta pengorbanan yang diperlukan untuk menjaga tempat ini.
"Ada yang telah membuat aduan kepada doktor haiwan tempatan. Pegawai-pegawai dari sana datang untuk memeriksa rumah ini, mendengar luahan hati saya lalu pergi dengan tenang.
"Namun pengkritik saya tetap tidak berpuas hati dan membawa aduan ke Putrajaya tetapi kita tetap teguh di sini.
"Lebih mudah untuk berkata-kata daripada benar-benar melakukannya. Mereka harus cuba menyelamatkan anjing-anjing ini sendiri, tubuhkan rumah perlindungan yang lebih bagus.
"Tunjukkan kepada saya dan saya akan mencontohi. Banyak faedahnya jika lebih ramai yang mula menyelamatkan haiwan terbiar."
Baru baru ini, Pak Mie, Mak Intan serta anjing-anjing itu telah diusir oleh Dewan Bandaraya Alor Star dari tanah kerajaaan itu untuk memberi ruang kepada Indah Water Kosortium bersebelahan sungai di Tanjung Bendahara, di mana mereka telah tinggal selama bertahun lamanya untuk rumah perlindungan ini.
Pada masa yang sama Pak Mie dilarang memindahkan haiwan-haiwan ke satu kampung di Kuala Nerang 37 km dari situ, di mana beliau baru membeli tanah untuk membuka rumah perlindungan baru.
Dia telah melaburkan wang sebanyak RM300,000 yang sebahagiannya adalah wang derma untuk projek itu.
"Tanah di Kuala Nerang adalah tempat yang bagus oleh kerana ia jauh dari tempat perumahan tetapi ramai pula penduduk kampung yang membantah.
"Saya pernah membenarkan pelajar-pelajar kedoktoran haiwan untuk menjalani operasi pemandulan bagi 10 anjing-anjing saya. Tetapi apabila penduduk kampung ternampak, mereka pun membuat aduan.
"Kita ada merancang untuk pindah pada bulan September tetapi sekarang kita harus menjual tanah itu. Saya tidak boleh meneruskan projek ini untuk mengelakkan masalah yang lebih besar dan tekanan daripada penduduk tempatan. Ia tidak selamat untuk anjing-anjing saya lagi," katanya sedih.
Dengan bantuan Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsiao Leung, pasangan itu menerima penangguhan hingga akhir bulan ini.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah membenarkan Pak Mie untuk mengekalkan rumah perlindungan beliau di Tanjung Bendahara dengan syarat dia membina tempat yang lebih sesuai untuk haiwan-haiwan itu.
"Saya telah diarahkan untuk membina tempat yang lebih baik dengan lantai simen serta tangki septik supaya najis haiwan-haiwan ini tidak akan mengalir ke sungai.
"Saya tidak tahu bila kita akan siapkan tempat baru itu. Kita hanya boleh membinanya sedikit demi sedikit bila ada wang nanti," katanya sambil menunjukkan persekitaran rumah perlindungan itu kepada The Malaysian Insider.
Pak Mie yang menggelar dirinya 'ayah' kepada anjing-anjing itu berkata beliau dan isteri hanya mahu menjaga anjing-anjing yang telah mereka selamatkan daripada jalanan dan sanggup berdepan dengan meriam sekalipun jika ada orang yang ingin merampas anjing-anjingnya.
"Mereka sangat berharga buat saya dan kami telah berkorban macam-macam. Malah Mak Intan mengambil masa untuk belajar daripada doktor haiwan untuk merawat luka kecil dan penyakit ringan mereka. Dia tidak akan pulang ke rumah jika dia harus menjaga haiwan-haiwan yang sakit."
Pak Mie berharap pihak berkuasa boleh mencari jalan lebih baik untuk mengawal haiwan-haiwan liar itu daripada menangkap dan membunuh mereka.
"Meletakkan anjing untuk tidur adalah lebih berperi kemanusiaan daripada membunuh anjing liar yang boleh dimandulkan.
"Jika pihak kerajaan tidak mahu membelanjakan sesen pun untuk membina rumah perlindungan, maka mereka haruslah berfikir untuk mencari jalan untuk tidak membunuh anjing-anjing yang tidak bersalah itu."
Pak Mie berkata beliau dan Mak Intan akan menyimpan dan menyelamatkan anjing-anjing itu dan terus melindungi mereka sehingga ke akhir nyawa, walaupun usia mereka sudah lanjut.
"Kami sedang mengajar cucu kami, Afif Affandi untuk mengambil alih. Saya sudah memberitahunya bahawa jika beliau gagal menjaga ia dengan betul, kami akan sangat hampa."
Pak Mie tidak membenarkan orang awam memelihara anjing di rumah perlindungan beliau kerana ingin mereka menyelamatkan sendiri anjing-anjing liar di luar.
"Banyak lagi anjing-anjing di luar sana yang harus diselamatkan dan diberikan perlindungan. Itu cara yang paling baik untuk membantu." – 28 Disember, 2013.
kkkkkk
Mesej Hari Krismas Sekular-Liberalis-Free Thinker Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Malaysia Negara Islam
Disember 28, 2013

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin percaya bahawa tindakan umat Islam mengikuti sambutan Krismas – seperti yang pernah disertainya sebelum ini – tidak akan menjejaskan akidah penganut agama tersebut.
Menteri belia dan sukan itu dalam ucapan hari Krismasnya menceritakan pengalaman beliau bersekolah di sekolah rendah Katolik di Jepun yang diuruskan mubaligh Katolik dari Kanada.
“Kami semua menyanyi dalam koir. Bila tiba Krismas, mereka yang bukan Kristian turut menyanyi lagu yang tidak berunsur keagamaan. Saya fikir beberapa kawan juga menyanyi lagu keagamaan tapi mendiamkan diri dalam ayat tertentu.
“Saya pergi ke rumah kawan untuk (merayakan) Krismas. Saya diberi hadiah. Ibubapa saya juga bersedia, jadi saya bawa hadiah bersama untuk diberi kepada tuan rumah.
“Semua ini tidak menjejaskan kepercayaan saya… tiada apa di sekolah Katolik saya yang boleh mencabar dan menurunkan iman saya!,” kata beliau.
Tambah Khairy, terdapat banyak tanda salib diletakkan di setiap bilik darjah malahan gurunya, Brother Raymond menggantung tanda salib yang besar di leher.
Keyakinan agama
Khairy berkata sekolahnya akan bermula dengan bacaan doa dan mereka yang tidak beragama Kristian seperti beliau akan menunduk hormat serta membaca Al-Fatihah.
“Saya menceritakan dengan ringkas pengalaman ini untuk tunjukkan betapa kita boleh mempunyai keyakinan terhadap kepercayaan sendiri. Jika kepercayaan anda kuat, tiada apa yang boleh buat anda kehilangan agama,” kata beliau.
============================
Anda tidak perlu hairan dengan fatwa baru Al Sheikh Khairy Jamaluddin al-Rembaui al-Most Wantedi ini. Memang inilah sikap baru Pemuda UMNO Malaysia. Pergi jahanam lah dengan fatwa JAKIM yang lembab dan tidak populis. Bosan ah.
Al Sheikh Khairy Jamaluddin al-Rembaui al-Most Wantedi mahu umat Islam jangan takut dengan Salib. Bawak bertenang. Kalau Ustaz Rani boleh selamba bercakap depan Salib, apa salahnya kalau Khairy nyanyi lagu koir?
Kita dalam PAS pun tak boleh nak marah dengan fatwa Al Sheikh kita ini. Pandangannya memang mantap.
Sekurang-kurangnya, sebagai seorang peminum tegar, Sheikh kita ini tidak berselindung dengan fahamannya. Ini baru #lifestyle bak kata Pemuda UMNO.
Kita semua kenal KJ. Dia memang ikon. Dengan pendirian yang sekular liberalis free thinker seperti ini, undi UMNO akan menjadi mantap dalam pRU akan datang.
Kita pun kena lebih kerap pergi gereja. Kalau boleh, kita buat tazkirah dan usrah dalam gereja. Barulah boleh lawan puak #lifestyle Pemuda UMNO ini.
Perbuatan Biadab Gantikan Huruf Alif Pada Kalimah Allah Dengan Logo 1 Malaysia
Rabu, 25 Disember 2013
RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.
Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.
"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.
"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.
Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.
"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.
“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).
“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.
Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.SH
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.
Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.
"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.
"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.
Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.
"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.
“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).
“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.
Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.SH
FENOMENA LAUT TERBELAH DI KOREA SELATAN MENGGEMPARKAN
Wednesday, December 25, 2013
Hari ini 24.Disember 2013 orang sibuk dengan peristiwa ikan melompat naik ke darat di kepulauan Tambisan, lahad Datu, Sabah. Ramai yang percaya peritiwa itu ada kaitan dengan Tsunami seperti yang pernah melanda Acheh, India, Phuket dan Malaysia pada 26 Dicember 2004.
Tsunami adalah peritiwa hebat dalam sejarah dunia. Mengubah bentuk muka bumi demi menstabilkan ekologi. Kuasa tuhan tidak terhad dan perancanganNYA adalah sebaik-baik rancangan. Tapi bukan satu-satunya peritiwa yang menunjukkan perancangan hebat ALLAH.
Fenomena taufan, pencairan ais, kewujudan salji di kawasan padang pasir dan lain-lain adalah kerana perancangan ALLAH.
Fenomena hebat yang menakjubkan yang menjadi fokus hari ini ialah fenomena yang pernah berlaku di Korea Selatan seolah-olah ulangan kisah Nabi Musa membelah lautan.
Kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.
Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.
Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.
Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.
Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.
Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.
Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.
Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.
Kristiankah Najib, syiahkah Ibrahim Ali?
Sunday, December 15, 2013
Bukti yang dikeluarkan oleh KDN bagi menuduh Mat Sabu berfahaman syiah antara lain menyebut Mat Sabu mengakui pernah beberapa kali mengunjungi Pemimpin Hizbullah Sayyed Hassan Nasrallah.
"Secara terang-terang puji Satiausaha Agung Syiah Lubnan dan mengaku selalu bersama isteri dia jumpa Sayyed Hassan Nasrallah." petikan dari akhbar
Jika ini yang dianggap mereka sebagai bukti bahawa Mat Sabu berfahaman Syiah maka berdasarkan dua gambar di atas, bolehkah kita menuduh PM Najib sebagai penganut kristian dan Ibrahim Ali juga syiah? Sudah tentu tidak..
Yang nyata KDN tidak mempunyai apa-apa bukti untuk menuduh Mat Sabu sebagai syiah kerana segala maklumat yang didedahkan dalam sidang akhbar semalam telah sekian lama tersiar dalam blog dan media sosial.
Semua sepuluh yang didakwa sebagai bukti oleh KDN semalam hanya omong kosong yang langsung tidak boleh diterima pakai di mahkamah.
Berharap Paus Damaikan Palestina-Israel
Rabu, 25/12/2013 15:12 WIB
Pesan itu sebetulnya bukan yang pertama darinya. Dua pekan setelah dipilih menjadi paus pada pertengahan Maret 2013, dalam pidato saat perayaan Jumat Agung, Paus Fransiskus menekankan hubungan positif dengan umat Islam, terutama di Timur Tengah. “Betapa menyedihkan melihat, di Tanah yang Diberkati, anak-anak-Nya justru menderita, yang terus-menerus menyakiti dan menyerang satu sama lain, membunuh,” kata Paus dalam majalah detik edisi 108. “Tampaknya tidak ada yang dapat mengalahkan kejahatan, terorisme, pembunuhan, dan kebencian.”
Saat perayaan Kamis Putih sehari sebelumnya, Paus Fransiskus bersimpuh, mencuci kaki 12 orang, dan kemudian menciumnya dengan sepenuh hati. Apa yang dilakukan paus asal Argentina ini mengejutkan banyak pihak karena ia memilih melakukannya di pusat penahanan remaja di luar Kota Roma. Lazimnya, paus mencuci kaki 12 pastor terpilih, sedangkan Fransiskus justru memilih 12 tahanan remaja. Dua di antaranya perempuan, satu pemeluk Katolik asal Italia, satu lagi muslimah Serbia. Sedangkan satu napi pria seorang muslim.
Mantan kardinal bernama Jorge Mario Bergoglio ini pada masa lalu diketahui punya hubungan hangat dengan pemimpin muslim Argentina. Dalam salah satu pidato pertamanya sebagai paus, ia menyeru gereja dan masyarakat Barat “mengintensifkan” hubungan dengan dunia Islam.
***
Tulisan selengkapnya bisa dibaca GRATIS di edisi terbaru Majalah Detik (edisi 108, 23 Desember 2013). Edisi ini mengupas tuntas “Rebutan Warisan Adam Malik”. Juga ikuti artikel lainnya yang tidak kalah menarik, seperti rubrik Nasional “Belum Tamat di Jumat Keramat”, Internasional “Runtuhnya ‘Kerajaan Kecil’ Paman Jang”, Bisnis “Saham Pertambangan Masih Riskan”, Wisata “Menjamah Surga Wakatobi”, rubrik Seni Hiburan dan review Film “Ain’t Them Bodies Saints”, Selingan “Paus Sang Pendobrak”, serta masih banyak artikel menarik lainnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)




