kkkkkk

Sebuah lagi gereja di Seremban jadi sasaran

Jan 16, 10 12:35pm.Malaysiakini

Sebuah lagi gereja di Seremban - Gereja Grace Global Prayer - menjadi sasaran apabila kaca sebuah tingkapnya dipecahkan.Ia merupakan rumah ibadat di Seremban yang disasarkan - selepas Gereja Sidang Injil Borneo yang pintunya terbakar akibat perbuatan orang yang tidak dikenali.Menurut laporan, insiden di Gereja Grace Global Prayer yang terletak di Rasah itu, berlaku antara jam 6 petang Khamis dan petang Jumaat, ketika gereja itu kosong.Kejadian itu disedari oleh anggota Gereja Grace Global Prayer - yang terletak di sudut barisan rumah kedai dua tingkat - yang tiba untuk bersembahyang dan mendapati kaca sebuah tingkapnya pecah.Ahli parlimen DAP bagi Rasah Anthony Loke dan ADUN Rahang MK Arumugam mengunjungi tempat kejadian itu malam tadi.Ia merupakan gereja ke-12 yang menjadi sasaran ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan mingguan Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah dalam bahagian bahasa Malaysi