kkkkkk



Saudara & saudari dalam Kristus,kita sungguh terharu dengan berbagai kejadian yang telah menimpa beberapa Gereja di negara kita ini.
Agar tidak mengerukan keadaan,adalah dinasihatkan agar umat Kristian sentiasa bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan balas yang boleh mencetus dan mengerukan keadaan. Sebarang kenyataan akhbar juga tidak dibenarkan tanpa kebenaran daripada pihak Gereja.
Umat Kristian juga,dinasihati untuk tidak memperdebatkan isu ini diantara kalangan rakan-rakan Islam kita.
Marilah memanjatkan doa-doa kita bagi semua Gereja-gereja yang telah mengalami serangan.Juga bagi kesejahteraan dan kedamaian negara kita Malaysia.Tuhan Yesus mengajar kita untuk merendahkan diri.Mat. 5:39
Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kiri mu.Ini tidak bermakna kita mengalah,tetapi suatu ajaran yang berdasarkan cinta kasih dan penuh belaskasihan.
Mat. 18:22.Dalam hal mengampuni Yesus mengajar kepada kita: "Bukan! Aku berkata kepadamu: Bukan sampai tujuh kali, melainkan sampai tujuh puluh kali tujuh kali.Ini bermakna,kita sentiasa mengampuni,tanpa ada penamatnya.
Malah kita berdoa bagi mereka yang telah melakukan pekerjaan ini..semoga mereka bertobat ,mengenali dan menemui "Allah" yang mereka cari didalam kehidupan mereka.Sebenarnya mereka tidak mengetahui apa yang mereka lakukan.Ampuni mereka,sama seperti Allah melalui Tuhan Yesus mengampuni kita,takala kita masih dalam dosa.

ALLAH itu adalah kasih dan marilah kita melakukan Perintah-Nya bukan dengan kata-kata saja tetapi juga melalui perbuatan kita.Yak. 2:26
Sebab seperti tubuh tanpa roh adalah mati, demikian jugalah iman tanpa perbuatan-perbuatan adalah mati.Sudah sampai masanya kita mempraktik iman kita terutama dalam keadaan yang mencabar kita ini,tanpa mengunakan kekerasan.
Mat. 26:52
Maka kata Yesus kepadanya: "Masukkan pedang itu kembali ke dalam sarungnya, sebab barangsiapa menggunakan pedang, akan binasa oleh pedang
.
Tiada siapa yang dapat memisahkan kasih Kristus kepada kita.Rm. 8:35 Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Penindasan atau kesesakan atau penganiayaan, atau kelaparan atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang?
Walaupun rasa terancam,kita tetap melakukan aktiviti terutama didalam kawasan Gereja.Menyerahkannya kepada Allah yang Maha Kuasa dan seterusnya menghormati undang-undang negara dengan pantauan pihak berkuasa untuk memenanginya masalah ini.
Puji Tuhan.

_________________________________________________
Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberikan kelegaan kepadamu.


Glitter Photos

"Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang dapat datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku

_______________________________________

Click : Dapatkan berita tentang Isu-isu Kalimah Allah (Petikan daripada Akhbar Tempatan)


_______________________________________________

Panggilan Konferens para Uskup untuk "meredakan konflik buatan kumpulan pelampau.

JOHOR (Agenzia Fides) -
Menurut kenyataan Konferens para Uskup untuk Malaysia,Singapura dan Brunei pada 11 Januari 2010,perlu adanya usaha dialog dan harmoni sosial demi "meredakan konflik buatan kumpulan-kumpulan pelampau dengan tujuan untuk menaikkan kemarahan rakyat negara ini".

Gereja Malaysia amat "bimbang dan tidak mengjangkakan isu perkataan Allah akan diikuti dengan reaksi seperti ini,dengan serangan ke atas gereja-gereja dan bangunan-bangunan umat kristian."

Konferens dua kali setahun setahun ini bermula pada 11 Januari di Johor hingga ke 15 Januari.

Menurut maklumat yang dihantar ke Agenzia Fides,perhimpunan para uskup ini sudah dijadualkan lebih awal dahulu untuk membincangkan isu-isu pastoral.

Namun kejadian-kejadian di Malaysia kebelakangan ini telah memaksa perubahan kepada agenda dan para uskup telah membincangkan impak serta langkah seterusnya yang harus diambil.

Menurut pengetahuan Fides,semasa perbincangan pada hari pertama,para uskup menekankan "mesyuarat dengan pihak berkuasa dan dialog dengan pemimpin-peminpin Islam sedang dan akan diteruskan pada hari-hari akan datang.

Kita harus bertindak dalam harmoni dan mencari kerjasama kerajaan dan pihak atasan agama agar suasana damai masyarakat Malaysia dapat dipulihkan,"kata mereka.

Sebab yang lain ialah kejadian-kejadian ini "mencalarkan reputasi Islam Malaysia yang amat dikenali dengan kesederhananya yang dapat hidup dalam suasana aman damai dengan agama-agama lain.

Kumpulan-kumpulan Islam yang sederhana telah bergilir-gilir menjaga keselamatan di persekitaran kawasan gereja-gereja untuk menanggani perbuataan-perbuataan keganasan ini.

Uskup Agung Salvatore Pennachio,wakil Apostolik ke Malaysia,Singapura dan Brunei telah menyampaikan hasrat kesatuan dan solidaritas Takhta Suci kepada Gereja Malaysia,serta menakankan perlu adanya "dialog dan damai di dalam negara," dengan kerjasama pihak berkuasa.

Presiden Konferens para uskup-uskup Agung,Murphy Pakiam dari Kuala-Lumpur memberitahu Fides pada 9 Jan.serangan-serangan telah berlaku di beberapa bandaraya serta negeri-negeri lain di Malaysia.Beberapa gereja Katolik ,Anglikan dan Baptis telah di serang.

Keganasan-keganasan ini biarpun tiada kes kecederaan berlaku,tetapi tetap merungsingkan para uskup.

"Umat Kristian akan berusaha dan melakukan sedaya boleh untuk mengekalkan keamanan dan tidak bertindak balik serta berdoa untuk mengelakkan keganasan ini dari menjadi bertambah buruk,"kata mereka.
_________________________________________________